Thursday, September 9, 2010

"Kilauan Kaca" Episod 2

Episod 2

Dari hari ke hari Man memendamkan rasa dan hasrat untuk berkenalan dan jadikan gadis itu orang teristimewa dalam hidupnya. Man belum kenal gadis kerja apa, kerja apa yer ? Rasanya bukan kerja kilang sebab bukan pakai baju kilang macam orang lain. Gerai burger man juga jadi tumpuan pekerja kilang. Kalau dalam pukul 6.00 beberapa biji bas berhenti di seberang jalan sana menurunkan ramai pekerja kilang. Biasanya mereka pakai baju seragam. Tapi gadis idamannya itu bukan beruniform. Dari segi gayanya bersih saja, tentu bukan kerja berat ataupun dibawah cahaya matahari. tengok gaya macam kerja pejabat dalam aircond. tapi kerja apa yer.

Kalau tengok pada kereta, flat 'W' iaitu Kuala Lumpur, dia orang Kuala Lumpur ker ? Entah-entah beli saja kereta kat KL, mungkin bukan orang KL. Nampaknya kereta baru, bukan secondhand. Bawak Satria kira kereta sport, kira gadis ni bawak kereta laju juga ler. Cuma dia tak pernah tengok pulak gadis tu bawak kereta laju, maklumlah kawasan taman. Sekali pandang, nampak gadis ni orang berada, mungkin datang dari keluarga berada juga. agaknyerlah.

Dari segi pakaian, gadis ni ikut fesyen terkini. Kalau balik kerja, pakai baju kurung. Kalau dari rumah, pakai seluar slack dan tshirt atau blaus lengan panjang. Tudungnya pula ada fesyen ala terkini gadis sekarang. Kira gaya macam orang bandarlah. Gadis ni jaga penampilan, kalau datang beli burger pun siap bermekap dan minyak wangi. Taklah macam Man, baju Man bau burger jer, kalau taruk minyak wangi banyak mana pun tak jalan. Gadis ni paling kurang pun ada gincu nipis, senyumannya membuatkan jantung Man berdetup detap macam bunyi mercun padi. Senyum ayu gadis ini. Tapi siapa namanya yer, Man pun tak tahu nama. Oleh kerana wajahnya macam penyanyi Shiela Majid, cuma dia agak tinggi sikit, maka Man gelarkan Shiela Majid juga. Itulah masalahnya, Shiela Majid pun Shiela Majidlah, takkanlah nak tanya nama pada dia.

Dalam seminggu, adalah 4-5 kali gadis ni datang beli burger Man. Masalahnya Man ni memang lemah dan datang senggugut kalau tengok perempuan cantik macam Shiela Majid ni. Cakap Man pun boleh tiba-tiba jadi gagap. Macam mana Man nak mulakan ni. Kalau tak mulakan nanti, takut dikebas orang lain pulak. Untuk menambat hati, sekali sekala Man kasi diskaun. Itu pun kalau pelanggan lain tak ada, kalau pelanggan lain ada, nanti terasa hati pelanggan lain lak.

"Burger ni RM 1.70, kira RM 1.50 sajalah untuk pelanggan istimewa". Man mula masuk jarum sikit walaupun mulanya tak berani. Kalu nak kira malu, memanglah malu, tapi jangan takut kali ni. Takut nanti melepas. Pekerja Man, lelaki baru lepas sekolah tu kehairanan dan syak sesuatu pada Man. Tergelak juga pekerja dia tu, tengok tauke dia mengorat tapi macam tak jadi.

"Terima kasih". Gadis tu jawab ringkas saja. Terkedu Man dibuatnya. Hatinya tertanya-tanya, tak perasan ke dia ucap ayat 'pelanggan istimewa' tadi ? Nampaknya macam tak ada kesan jer. Tak apa, Man dah berani sikit, sekali lagi nanti Man nak ulang ayat itu. Manalah tahu ada respon nanti.

Man memang tertunggu-tunggu gadis ni datang dan Man dah sedia dengan ayat lagi power. Ok, kali ni Man nak bahasakan dirinya 'abang', tengok macammana nanti reaksi gadis ni, suka ke tak.

"Hari ni abang belanja burger untuk pelanggan istimewa abang". Man berlatih dulu kat rumah. Tapi Man terfikir juga, nak kasi free burger sempena apa. Kalau gadis ni tolak, kan malu. Paling malu kat pekerja dia tu. Ok, Man tambah sikit skrip.

"Hari ni abang belanja, sempena Hari Jadi abang, untuk pelanggan istimewa abang". Nampak macam best sikit ni. Paling kurang pun nanti gadis ni ucap tahniah sempena hari lahir, wau seronoknya. Walaupun hari tu bukan harijadi Man, Man kata tipu sikit takper, bukan dia tahu pun. OK, Man rasa tu ayat baik. Jadi petang tu Man tunggu nak ucap ayat tu. Man dah setkan yang pekerjanya hari tu suruh rehat balik rumah kejap antara jam 6.00 hingga 7.00 gaji jalan. Terkejut juga pekerjanya. Dalam jam 6.30 petang, gadis tu datang. Tapi masalahnya pulak, masa gadis ni datang, ramai pulak pelanggan lain, Man tak jadilah nak ucap ayat tu. Kacau daun betul, hancur lebur harapan setinggi gunung.

Man rasa, dia nak mintak nombor hphone gadis tu untuk memudahkan dia bercakap atau kurang-kurang pun sms. Kalau sms ni Man berani sikit ler. Tapi bagaimana gadis tu boleh kasi nombor hp pada dia, macammana nak mintak. Man dapat satu idea, bukan dia minta nombor, tapi Man sendiri yang akan kasi. Alasannya untuk memudahkan gadis tu buah tempahan awal sebelum datang ke kedainya, bagus juga idea tu.

Suatu hari, gadis ni datang. Man hulurkan kertas yang dah tersedia nombor telefon.
"Ermmm...kalau nak datang sini, nanti telefon dulu. Nanti taklah penat menunggu". Kata Man selepas beri burger yang dah siap. Man seronok sebab gadis tu ambil.

"Ok, nanti kita telefon yer".

Man seronok hari tu. Lepas tu, telefon Man tak pernah letak tempat lain, mesti diselit di talipinggang dengan sarung hp hitam. Sebelum ni, masa masak burger, jarang nak jawab telefon, takut burger hangus. Tapi sekarang, setiap panggilan mesti dijawab. Manalah tahu, kalau Shiela Majid yang dirindui tu telefon. Malangnya, tunggu beberapa hari tak juga telefon. Satu hari, gadis tu datang beli burger, tak telefon dulu pun, terus datang beli. Macam tak jadi juga strategi Man. Kecewa betul Man.

Tunggu sambunganya di episod 3...

No comments:

Post a Comment