Tuesday, August 17, 2010
Antara Adat dan Ibadat
Kalau umur kita panjang, maka berpuasa kita sebulan. Kalau umur kita pendek berpuasalah kita ‘selama lamanya.’ Kalau direnungkan puasa ini tahulah kita antara ada makanan dengan tak ada makanan. Orang miskin puasa, orang kaya pun puasa, tu pun kalau orang kaya tu nak puasa. Jadi bila puasa org miskin ni mudah pasal dia jarang-jarang makan. Maka berkata lah orang-orang miskin tu, apa kita nak makan hari ni, orang kaya pula berkata..di mana kita nak makan hotel ke, ikan bakar ke, lagi sikit naik pangkatnya, lalu berkata siapaa kita nak makan…lain nadanya tu.
Sabda rasulullah S.A.W mafhumnya wahai manusia kamu nanti akan dinaungi oleh bulan yang sangat hebat, bulan yang diberkati, padanya ada satu malam yg lebih baik dari seribu bulan. Dijadikannya puasa dibulan itu sebagai suatu kefardhuan, dijadikan qiamullail sebagai sukarela. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadanya dengan melaksanakan sedikit kebajikan seolah-olah ia melaksanakan kefardhuan pada bulan-bulan yang lain. Barangsiapa melakukan kefardhuan pada bulan ramadhan itu seolah-olah ia laksanakan 70 fardhu pada bulan-bulan yang lain. Ia merupakan bulan yang penuh kesabaran dan sabar itu balasannya ialah syurga. Dan bulan yang penuh dgn belas ihsan Allah S.wt dan yang ditambah rezeki org beriman, maka barangsiapa memberi berbuka puasa pada orang berpuasa maka akan diampun dosanya dan dilepas daripada api neraka dan pahalanya sama dengan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun tidak berkurangan.
Kesemua orang tahu bulan ramadhan merupakan bulan yang diberkati dan jika ia menghayatinya maka dia seharusnya akan berangan-angan agar kesemua 12 bulan itu merupakan bulan ramadhan. Tetapi Allah lebih mengetahui perangai manusia, diberinya 11 bulan kita makan dan sebulan kita puasa. Dan puasa itu pula bkn hanya manusia, binatang2 pun puasa…ayam pun puasa ( pada waktu mengeram ), ular ( makan hanya sekali selepas 2 minggu ). Ada satu kajian kebanyakan orang yang sakit, ubatnya merupakan puasa. Satu hari berpuasa bermakna membuang kotoran dalam badan, lemak2 untuk setahun. Tapi niat kita sebenarnya berpuasa bukan untuk sihat tetapi kerana arahan Allah S.W.T. Kalau Allah suruh buat tu, buat sudah la jgn bnyk soal…dia suruh puasa, puasa. Suruh solat, solat, suruh jalankan hukum qisas, jalan. Suruh potong tangan orang mencuri, potong. Jangan lebih hebat dari Allah. Kadang-kadang manusia ni terlalu samseng sampaikan melawan Allah. Jika dilihat manusia jika tak makan akan jadi lemah, maknanya manusia ni berhajat kepada makanan. Jadi tak perlu untuk sombong kepada Allah S.W.T.
tunggu sambungannya esok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulillah, semoga kita mdapat keberkatan sepanjang ramadan ni dn dberi kesempatan bertemu ramadan tahun depan..
ReplyDelete