Tuesday, August 10, 2010

Rencah Kehidupan


Cium Tangan

Mengucup tangan orang-orang tertentu sememangnya berlaku di zaman Rasulullah. Sekiranya bertujuan memuliakan seseorang yang layak dihormati maka mengucup tangan itu dibenarkan bahkan digalakkan. Sahabat-sahabat pernah mengucup tangan rasulullah begitu juga berlaku di kalangan sahabat dan tabiin. Mengucup tangan daripada anak terhadap ibubapa, murid terhadap guru sangatlah digalakkan oleh islam tetapi mengucup tangan orang-orang fasiq atau orang yang berharta kerana hartanya atau mengucup tangan mana-mana orang kerana ada tujuan tertentu maka amalan itu tidak digalakkan bahkan ianya makruh yang boleh membawa kepada haram.
Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim ulama, soleh, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibu bapa kita yang muslim.
Dimakruhkan mencium tangan seseorang yang dipandang muli dengan sebab keduniaan seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amatlah tidak disukai.
Dari Zari' r.a yang termasuk dalam rombongan Abdul Qais dia berkata: " kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami lalu kami mencium tangan dan kaki nabi s.a.w"
Adalah mustahab untuk mencium tangan orang-orang soleh dan ulamak namun makruh mencium tangan selain daripada itu. [ Imam al-Nawawi, ms 71]

Syeikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu beberapa adab:
1. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dengan sombong
2. tidak terbukanya jalan ke arah cuba mendapat barakah
3. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan
4. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
5. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi

[ salasila al- ahaddts as-sahihah, jld 1, ms 159]
ULASAN
kah kah kah...bik mama vs smol mama... kah kah kah
kah kah kah...cium tangan cukong lar...kah kah kah

2 comments:

  1. kah kah kah mcm ada maksud tersirat je ni kah kah

    ReplyDelete
  2. kah kah insaflah sahabat2ku..kah kah

    ReplyDelete