Dalam pandangan Allah bumi hanya sebesar pasir je, jadi cuba tuan2 bayangkan manusia ni hanya sebesar mana pd pandangan Allah. Di zaman nabi bila turunnya ayat wahai orang2 beriman, maka orang-orang beriman sanggup menunggu, suka utk mendengar arahan baru ni( tentang puasa). Maknanya kalau orang tu puasa, org tu beriman la, kalau org tak puasa tak beriman la dia.
Maka org beriman pun berduyun-duyun dating utk mendengar arahan puasa, mereka sgt gembira tentang arahan baru itu. Bukan gembira pasal puasa, tp gembira pasal balasan daripada puasa tersebut. Senang atau susah puasa itu jgn dipandang kerana itu merupakan arahan. Maknanya apa2 arahan akan ada balasan. Ironinya jgnlah terlalu memandang nikmat itu, yang dipandang siapa yang memberi nikmat tersebut. Begitu juga dengan dosa yang dibuat…jgn dipandang kecil besarnya dosa tersebut, yang perlu dipandang adalah kepada siapa yang kita buat dosa itu. Begitu jugalah dengan puasa tadi, memandangkan itu arahan Allah jadi jgn cakap bnyk, buat je la.
Menjadi lumrah umat, orang islam ni biasanya rajin berpuasa tp tak rajin sembahyang, kalau orang India pulak rajin sembahyang tak rajin puasa. Jadi keadaan ini merupakan satu kejanggalan diibaratkan umpama membina rumah yang cantik yang tidak bertiang. Jadi sekarang ni kita melihat bahawa puasa ini bukan hanya diwajibkan kepada umat masa kini walhal orang dulu2 pun kena juga. Maknanya ingin disampaikan di sini bahawa ibadat puasa merupakan satu ibadat yang cukup bagus dan sangat hebat bahkan agama di zaman Mesir Tua sekalipun ada puasa. Bukan setakat itu sahaja, agama yang menyembah berhala pun berpuasa tapi caranya sahaja yang berbeza. Orang-orang yang nak operate pun kena puasa, orang yang nak kesihatan yang unggul pun kena kurangkan makan tetapi bulan ramadhan juga masanya orang menjual beribu jenis aneka kuih macam ramadhan itu sebagai pesta makanan pula jadinya. Gerai-gerai pun beratus-ratus dibuka. Waima jika dijual batu bata panggang sekalipun nescaya akan menarik minat masyarakat untuk mendekatinya. Itu lah hebatnya nafsu manusia di zaman ini.
ikuti sambungannya...
adoi sambung lg..pandai wari mengarang..huhu..
ReplyDelete