Thursday, August 19, 2010

smbn Antara Adat dan Ibadat (3)

Tradisi orang melayu seharusnya perlu diubah supaya bulan ramadhan ini perlu disedikitkan makan dengan kata lain tidak perlu diqadha makan tersebut sehingga dirangkumkan makan pagi, tengahari, petang dan malam ke dalam waktu berbuka. Seeloknya pada waktu berbuka itu meminum air sejuk dan dielakkan daripada meminum air batu kerana apabila diminum air batu bukan hanya segelas tapi ‘satu jag’ akan dihabiskan, Maka akan hilang hikmat berpuasa jika keadaan ini terjadi. Sebagaimana sabda nabi S.A.W mafhumnya membesarkan perut itu penyakit, berpantang itu ubat. Begitu juga dalam Ihya' ada menyebut ubat yang paling mujarab ialah mengosongkan perut. Mengikut teori tradisional melayu juga mengatakan perut merupakan punca penyakit. Sebab itu juga pada waktu berbuka puasa bila kita meminum air sejuk, ia akan menolak wap, gas, angin yang berada di dalam perut kita. Begitu juga dengan buah tamar supaya manis, maksudnya orang yang perut kosong supaya makanan manis dulu yang mendahului bukan pedas, rojak dan seumpamanya.

Dalam ilmu tasauf tidak digalakkan berangan-angan pada waktu pagi untuk memikirkan tentang makanan untuk berbuka. Oleh sebab itu bulan Ramadhan ini perlu dihayati dengan setulusnya. Ironinya jangan dianggap puasa ini sebagai puasa yang tidak dibolehkan makan, walhal semuanya perlu berpuasa. Sebagai contohnya menonton tv hanya untuk perkara-perkara penting sahaja, kalau ‘doraemon’tu tak perlu la kita melihat dan menontonnya.

Umat Islam kini dilihat berada di ambang kemaksiatan yang kronik bila penghayatan bulan ramadhan tidak dapat meresap ke dalam jiwa setiap umat. Bulan ramadhan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat daripada api neraka tetapi bila menjelang aidilfitri kebanyakan siaran-siaran televisyen berlumba-lumba untuk menyiarkan rancangan yang boleh melalaikan umat. Rupanya maksud aidilfitri itu telah disalah ertikan iaitu maksud sebenar aidilfitri adalah kembali kepada fitrah tetapi kebanyakan dari kalangan umat islam tersilap dengan perbuatan kembali kepada kemaksiatan. Ini seolah-olah bulan Ramadhan tidak dihayati dengan sebaiknya ibarat si luncai terjun dengan labu-labunya.

3 comments:

  1. insaf la saudara2 ku..
    artikel yg menarik n patut d ambil pengajaran dr tuan tanah..

    ReplyDelete
  2. Dosa-Dosa & Facebook

    Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

    Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

    1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook

    Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

    Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

    Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

    Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

    Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

    Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

    ReplyDelete
  3. ni bukan komen, ni nk buka blog lain dalam blog aku

    ReplyDelete