Wednesday, August 11, 2010

Senapang Tanpa Peluru



Seorang anggota prebek telah dimasyhurkan sebagai koperal dek kerana ketiaadaan anggota lain yang mahu menjadi koperal cabuk tanpa senjata. Bukannya kerana sang prebek itu banyak sumbangan, bukannya kerana mengorbankan diri kerana masyarakat, bukannya pernah melawan komunis ataupun kapitalis.
Koperal cabuk tanpa senjata ini kurang menyertai peperangan baik di medan tempur mahupun perang saraf. Ia cuma muncul di tempat ghanimah(harta rampasan perang). Setelah beberapa lama koperal berkuasa maka nampak tanda-tanda anasir-anasir barat hampir dan telah menyusup masuk ke dalam kerajaan aminurrasyid.
Teori barat juga sedang diserap masuk ke dalam kehidupan rakyat negeri naungan aminurrasyid. walhal teori barat tersebut bukannya 100% lengkap pun. Di barat sendiri pun kacau bilau kehidupan tak tenteram di barat akan di bawa ke timur bersama jeneral dan timbalan jeneral. Jeneral itu menggunakan konsep psikologi dengan mengagungkan budaya kebaratan yang dibawa. Bagaimana pula dengan koperal cabuk yang sibuk merencanakan agar kemasukan anasir luar tidak menghanyutkannya sehingga terkapai-kapai.
Mungkinkah koperal cabuk dihanyutkan arus?
mungkinkah koperal cabuk akan dimakan?
ULASAN
kah kah kah...pandai-pandai la korang nak komen...kah kah kah
kah kah kah...koperal polis ke ni?...kah kah kah

1 comment:

  1. kah kah ada makna tersirat ni dsebalik yg tersurat..kah kah kah
    kah kah x semua yg baru tu ada kebaikan kah kah
    kah x semua yg lama tu teruk kah kah
    kah kah hanya kita yg menilai kah kah kah

    ReplyDelete